Thursday, May 5, 2011

Doa Untuk Kejayaan Di Dalam Peperiksaan



Assalamualaikum! 


Hi readers! Actually, entry kali ni riena nak share dgn korang semua mengenai beberapa doa. Doa2 yg riena nak share ni sememangnya penting demi kebaikan kita semua. Terutamanya kepada mereka yg akan menduduki peperiksaan besar, like SPM or PMR either UPSR and PSRA  :) Seperti ape yg kita wajib tahu, kita sebagai seorang Muslim di atas muka bumi Allah ini, mesti memerlukan doa setiap masa. Kerana Allah amat menyukai akan hamba-hambanya yg selalu meminta perkara kebaikan serta selalu menyebut nama-Nya tanpa rasa jemu :) Even time kita nak keluar rumah, nak start buat sesuatu perkara plus ketika kita ditimpa musibah pun kita mesti berdoa serta berzikir kepada-Nya. Betul tak?  So, semua orang mesti nak doa2 ni semua kan? Kawan2 semua? Siapa yg tak nak? Kan? Kan? Kan? Ngeeee~



Antara beberapa doa untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan:



1)Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2)Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

3)Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

4)Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

 5)Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Sahabat, marilah kita bersama-sama mengamalkan doa-doa ni. Tapi, kalau ada sesiapa yg rasa macam tak mampu atau tak larat nak hafal semua doa-doa ni, (macam riena, hehe) u all semua bolehlah selalu mengamalkan untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. serta selalu menyebut Laa Ilaa Ha Illallah. Sekian, itu saja dari riena setakat ni! :D
Byebye!

5 comments:

najmi^^ said...

thnx

Mish Mencari Konklusi said...

thanx kongsi doa ni..next week final exam..=)

amni fozi said...

terima kasih atas perkongsian doa2 ini riena. jazaakallahu khairon kathiiro :)

Muhammad Danial(Danny96) said...

thx bnyak2...tlg doakan saya sbb saya ambik pmr thun ni..thx

Shafina Sofian said...

Searching for doa . Terima kasih ya ? Following you :)